Shout Box

Last 10 Adv-Shouts:
* Smiley Wink Cheesy Grin Angry
apiz84
Yesterday at 05:15:15 PM
salamm
me new prson
cd_4171
March 17, 2010, 09:33:46 PM
elooo
ELHACHEM
March 17, 2010, 02:28:49 AM
NOKIA MAPS KEYGEN
cooldude75
March 15, 2010, 11:16:26 PM
teengirl9x whats up??
ummm
March 15, 2010, 04:36:48 PM
ello saya orng baru Cheesy
along_bp
March 15, 2010, 02:09:54 PM
ya latest lg xda ke
along_bp
March 15, 2010, 02:09:31 PM
ya latest lg xda ke
farisya nabila
March 15, 2010, 10:11:53 AM
pendatang baru tawwwww
farisya nabila
March 15, 2010, 10:11:52 AM
pendatang baru tawwwww
farisya nabila
March 15, 2010, 10:11:51 AM
pendatang baru tawwwww

Pages: [1]
Author Topic: Apakah impian hidup anda  (Read 1473 times)
tashrique_3
Uploader Team
Newbie
*****

Karma: +0/-0
Offline Offline

Posts: 8



View Profile
« on: June 21, 2009, 02:27:25 AM »

Pernahkah anda bertanya kepada diri anda,

“Apakah yang sebenar-benarnya anda mahu di dalam kehidupan ini?”.

Seriously…

Cuba anda pejamkan mata anda sebentar, tarik nafas dalam-dalam.. dan kemudian, tanya diri anda di dalam hati..

“Apakah yang sebenar-benarnya anda mahu di dalam hidup ini?”.

Ok!.. cuba buat sekarang…

Ok.. pejam kan mata tu..

Pejamlah….

Pejam den kata.. yang ekau baca lagi nie buek apo? Den baling kang ngan kuih nie!!
ho! ho!..

Baiklah!.. Adakah anda dapat menjawapnya?

Mungkin jawapan anda… aku inginkan sebuah kehidupan yang bahagia!
 
(eh?! memanglah!.. kan semua orang nak hidup bahagia?)..

Persoalannya…. adakah hidup anda tidak bahagia sekarang? Eh! Bahagia juga. Abis tu? Kenapa nak inginkan hidup bahagia lagi? Kan dah bahagia sekarang? Nak bahagia macam mana lagi?

Ho! ho! ho!…


Kebanyakkan orang mempunyai impian hidup yang kabur. Mereka sebenarnya, tidak pasti dengan apa yang mereka mahukan di dalam hidup ini. Mereka ingin hidup bahagia.. tetapi bagaimanakah rupa kebahagiaan itu?

Adakah dengan memiliki rumah yang besar?

Adakah dengan memiliki isteri yang cantik?

Adakah dengan memiliki suami yang penyanyang?

Adakah dengan  memiliki anak-anak yang soleh dan solehah?

Adakah dengan memiliki wang berjuta-juta?

Bagaimanakah kebahagian hidup yang anda inginkan? Anda perlu gambarkan ia dengan jelas di dalam minda anda! Barulah anda boleh mencapainya suatu hari nanti.

Hidup ini adalah seperti suatu perjalanan, anda perlu tahu dengan lengkap alamat destinasi yang ingin anda tujui, barulah anda boleh menuju kepadanya dan tiba kepadanya. Jika tiada alamat dan destinasi, bagaimana anda ingin menuju kepadanya?

Setiap orang mempunyai matlamat, impian serta destinasi yang berbeza-beza. Apa yang penting, anda perlu tahu dengan jelas.. apakah impian hidup anda. Tanpa impian hidup yang jelas, anda hanya akan terapung-apung tanpa arah dan hanya mengikuti arus kehidupan, dan ianya, adalah suatu kehidupan yang sia-sia.

Sekali lagi.. tarik nafas dalam-dalam dan fikirkan dengan teliti.. “Apakah yang anda mahu di dalam kehidupan ini?”.

Seriously, soalan ini nampak seperti mudah.. tetapi ia sebenarnya bukanlah semudah yang disangka, ia memerlukan pemikiran yang amat mendalam dan hati yang ikhlas kepada diri anda sendiri untuk menjawapnya…

Tak perlu menulis jawapan anda disini.. jawap sahaja di dalam hati anda dengan ikhlas.. usah menipu diri anda sendiri tentang apa yang anda mahukan sebenar-benarnya di dalam hidup ini. Jawaplah dengan ikhlas… insyallah , ianya akan membawa satu semangat baru di dalam hidup anda.

Wassalam.







P/s:-

Bagi yang mahu nampak soleh & solehah, mungkin mereka akan menjawap, “Saya hanya mahukan ganjaran  syurga Allah di akhirat kelak!”.  Ya! itu sudah semestinya! Ianya adalah impian hidup setiap orang Islam, tetapi.. mengapa perlu hadkan impian hidup kita kepada 1 impian sahaja?

Logged

CMKP3

Pages: [1]
Print
Jump to:  

Programming Blogs - BlogCatalog Blog Directory Compete RankDigNow.org Annuaire liens durs rewrite audiences de sites Page Ranking Tool
Find Blogs in the Blog Directory Music Blogs - Blog Top Sites
Best Malaysian Sites Powered by Counters4blogs.com
Stumble It! Indonesia Joomla Topsites Future Page Rank Checker Malaysian Topsites

TinyPortal v1.0.5 beta 1© Bloc